Thursday, 1 November 2012

GULA

Kajian menunjukan fruktosa yang tinggi dalam diet pemakanan seseorang menyebabkan kebodohan. Fruktosa tuh adalah  sejenis bahan gula yang terdapat didalam minuman bergas dan sesetengah makanan yang diproses bagi penambah kebaikan dari segi kesedapan dan tekstur minuman atau makanan tersebut.

Kajian dijalankan oleh neuroscientist (pengkaji sistem saraf) yang bernama Fernando Gomez telah membuat eksperimen dengan meletakkan sekumpulan tikus yang dilatih keluar dari Maze. Di masa latihan tersebut beliau telah memberikan tikus tersebut dengan air dan makanan tikus biasa.Selepas 6 minggu beliau telah menukarkan diet tikus tersebut dengan mengantikan air minuman kepada air yang mengandungi sirap fruktosa sebanyak 15 %  manakala setengah dari kumpulan tikus yang lain diberikan dengan diet Omega 3 dan bijiran yang mempunyai banyak khasiat.

Selepas 6 minggu , kesemua tikus tersebut diuji untuk keluar dari Maze, kesemua tikus itu berjaya keluar dari Maze. Namun perbezaan antara tikus yang diberi diet gula dan diet sihat adalah masa yang diambil untuk keluar dari Maze.

Kesimpulannya memang air minuman yang bergula sangat sedap diminum masa beristirehat , melepak ,so kalau boleh elakkan. kerana ia jelas dan amat berbahaya untuk dinikmati.

peace : lilscha
kredit : Gula gembira

No comments:

Post a Comment