Aku tak kisah dengan kisah kejayaan kau as long as kau tak kacau hidup aku, well post aku memang kasar sikit sebab aku susah nak terima kenyataan yang sesetengah pihak yang kurang senang dengan kesusahan atau kesenangan manusia lain. (harap maaf kepada yang terasa kat ulu hati)
Ya, memang pada pandangan kau seseorang yang bekerja sebagai pengutip sampah, potong rumput, pengawal keselamatan tu hina dan tidak berpelajaran. Tapi jangan lah kau luahkan sebab ia akan menyakitkan hati insan tersebut, as long as dia tak mencuri, menagih malah aku percaya diorang yang kau hina itu lebih mulia dari kau.
Memang kau dekan , memang kau hebat belajar. tapi realiti tak semestinya kau boleh survive hidup dalam alam pekerjaan yang banyak liku-liku cabaran. kau ingat senang nak cari makan? kau ingat senang nak cari kerja ? setakat diploma,degree kau tu kalau x dew experience memang x leyh go la aku rasa.aku tedengar pada ayah aku sendirik yang orang m****u memang susah hati lau tengok kaum dia sendiri senang, mesti ada rasa dengki.
tapi apa apa pun aku memang respect bapak aku sebab berusaha dari takdew terus ada(alhamdulilah) .aku pernah rasa susah,aku pernah menjadi tukang kebun sambilan bekerja ngan ayah aku. so conclusion nya "yang bulat tak datang bergolek , yang pipih tak datang terbang" so pikir2 la.
so aku harap, kita boleh sama-sama menuju kejayaan dan mengubah mentaliti kita yang kontot.
peace lilscha.
No comments:
Post a Comment